PUSAT TENUNAN SONGKET ASLI DI TERENGGANU
Pusat menghasilkan kain songket asli berkualiti tinggi
di Kg Gong Tok Nasek (gtn)
Jalan Panji Alam
Kuala Terengganu ,Terengganu Darul Iman
Pihak kami amat mengalu-alukan lawatan dari mana mana pihak ke halaman Kg Kami
-Melihat bagaimana hasil tenunan ini dihasilkan
-Membeli Songket buatan tangan daripada warga kami dengan harga amat berpatutuan
-hubungi kami 018-7804009-isa untuk keterangan lanjut


Kedatangan kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.— Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu
Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. Songket juga lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan.
Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
Ikuti liku perkembangan songket terengganu dalam menghadapi cabaran arus masa. Cabaran besar songket terengganu adalah lambakan songket dari India yang dijual di negeri ini. Terdapat segelintir peniaga songket di negeri ini yang tidak memikir kesan jangka panjang tindakan mereka menipu pelanggan apabila menawarkan songket India yang didakwa mereka sebagai songket asli buatan Terengganu. Tindakan peniaga terbabit bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi songket Terengganu yang sudah terkenal di serata dunia, malah mengakibatkan warisan nenek-moyang itu gagal dipertahankan.
pada pendapat saya “Jika Terengganu mahu kekal sebagai negeri pengeluar utama songket negara yang dikagumi dengan harga yang berpatutan,
*jika berkesempatan pihak kami akan mmuat naik tempat dan lokasi songket dihasilkan serta busana songket gtn"
No comments:
Post a Comment