WE LOVE GTN
Bersama membantu para usahawan dalam mempromosikan perniagaan mereka dan memberi kemudahan info setempat sebagai pemudah cara..
Tuesday, July 26, 2016
Saturday, July 23, 2016
RUNNER KEREPOK LEKOR TERENGGANU 0187804009 0143700466
Hubungi kami untuk maklumat lanjut
Tel: 018-7804009 Cer
0143700466 Cer
Alamat : 240 KG GONG TOK NASEK
JALAN PANJI ALAM KUALA TERENGGANU
Tuesday, May 31, 2016
PUSAT TENUNAN SONGKET ASLI DI TERENGGANU
Pusat menghasilkan kain songket asli berkualiti tinggi
di Kg Gong Tok Nasek (gtn)
Jalan Panji Alam
Kuala Terengganu ,Terengganu Darul Iman
Pihak kami amat mengalu-alukan lawatan dari mana mana pihak ke halaman Kg Kami
-Melihat bagaimana hasil tenunan ini dihasilkan
-Membeli Songket buatan tangan daripada warga kami dengan harga amat berpatutuan
-hubungi kami 018-7804009-isa untuk keterangan lanjut

Kedatangan kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.— Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu
Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. Songket juga lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan.
Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
Ikuti liku perkembangan songket terengganu dalam menghadapi cabaran arus masa. Cabaran besar songket terengganu adalah lambakan songket dari India yang dijual di negeri ini. Terdapat segelintir peniaga songket di negeri ini yang tidak memikir kesan jangka panjang tindakan mereka menipu pelanggan apabila menawarkan songket India yang didakwa mereka sebagai songket asli buatan Terengganu. Tindakan peniaga terbabit bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi songket Terengganu yang sudah terkenal di serata dunia, malah mengakibatkan warisan nenek-moyang itu gagal dipertahankan.
pada pendapat saya “Jika Terengganu mahu kekal sebagai negeri pengeluar utama songket negara yang dikagumi dengan harga yang berpatutan,
*jika berkesempatan pihak kami akan mmuat naik tempat dan lokasi songket dihasilkan serta busana songket gtn"
Location:kuala Terengganu
Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
TANAMAN JAGUNG MANIS
(sila hubungi kami untuk keterangan lanjut)
USAHAWAN TANI GTN
Kami selaku persatuan yang sentiasa menyokong dan mendorong belia dalam memajukan modal ihsan dalam apa jua bidang yang diceburi amatlah menharapkan kejayaan dan hasil pada tahap yang cemerlang.
Post kami kali ini adalah salah satu usaha membantu belia dalam menjual hasil atau produk tanaman mereka agar mereka mampu bersaing secara sihat dalam industri yang diceburi.
Oleh hal yang demikian adalah amat wajar pihak kami mempromosikan hasil tanaman mereka dan membantu dalam mempertingkatkan hasil jualan para usahawan belia.
Saudara firdaus dari persatuan gerakan belia 4b(M)Malaysia cawangan gong tok nasek sekarang telah menceburi bidang ini dan mendapat tunjuk ajar dari seorang usahawan tani yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
Pihak kami mendoakan agar saudara berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.justeru pihak persatuan menyambut baik langkah serta contoh dalam usaha memajukan ekonomi setempat.
Bagi membantu hasil jualan tersebut pihak peniaga bolehlah berurusan dengan pihak kami selaku wakil jualan
Cer/isa Call : 018-7804009
whatsapp shj : 0111-2824008
Pm untuk mendapatkan keterengan lanjut berhubung harga yang ditawarkan
Bersama Membantu
Bersama peroleh barakah

Monday, May 30, 2016
Masjid Gong Tok Nasek jadi mercu tanda baru
31 MEI 2016
KUALA TERENGGANU - Masjid Kampung Gong Tok Nasek di sini yang dibina dengan konsep moden kontemporari bernilai RM6 juta menjadi mercu tanda baharu di Kuala Terengganu.
Masjid itu adalah yang pertama dibina dengan konsep moden menggunakan kombinasi reka bentuk beberapa masjid di Singapura serta Brunei
"Pembinaan masjid yang dilengkapi kemudahan pejabat pengurusan, kelas pengajian dan bilik penginapan untuk para musafir itu diharap dapat menarik
kedatangan lebih ramai pengunjung untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Generasi Cinta Masjid di sini hari ini.
Seramai 260 pelajar tingkatan enam dari 13 buah sekolah menengah di daerah ini menyertai program itu yang bertujuan memberi penerangan kepada kalangan remaja mengenai akidah dan pengimarahan masjid.

Subscribe to:
Posts (Atom)